Monday, December 22, 2008

MANA SATU NIE..?



Oleh Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my
Rap
SETENANG air di kali, begitulah ibaratnya suasana majlis pernikahan penyanyi popular, Asmawi Ani, 27, atau Mawi dengan gadis pilihan hati yang juga pelakon drama, Nora'Asikin (Ekin) Rahmat, 29 yang berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor, kelmarin.
Tidak ramai peminat mengerumuni pekarangan masjid. Pada waktu sama 38 pegawai keselamatan Rela diletakkan untuk mengawal lokasi sementara 10 pengawal peribadi ditugaskan menjaga pasangan pengantin baru ini agar acara yang turut disiarkan menerusi Astro Oasis itu dapat dijalankan dengan lancar.Tepat jam 11.45 pagi, pasangan ini selamat dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah, Rujuk dan Cerai selaku Imam Masjid Sultan Abu Bakar, Datuk Mahat Mohd Said dengan sekali lafaz disaksikan Ustaz Akhil Hayy dan Ustaz Dzulkarnain Hamzah Al-Hafiz mewakili keluarga pengantin lelaki, sementara Datuk Dr Fadhilah Kamsah dan Ustaz Dinie, bagi pihak perempuan.Pada majlis itu, Mawi turut menyerahkan mas kahwin berjumlah RM22.50 dan wang hantaran bernilai RM30,000. Turut diserahkan barangan hantaran sembilan dulang berbalas 11 iaitu senaskhah al-Quran, sepasang sepersalinan, beg, kasut, wangian dan manisan.Bagaimanapun, kegembiraan dirasai pasangan pengantin baru ini tidak bertahan lama apabila timbul kekecohan antara wakil media dari TV3 dan pihak pentadbiran Astro yang memiliki hak eksklusif merakam serta menyiarkan majlis perkahwinan itu.
Wartawan stesen televisyen swasta itu tidak dibenarkan berada dalam dewan sidang akhbar yang diadakan sebaik majlis pernikahan selesai. Akibatnya, kejadian terbabit disiarkan menerusi Buletin 1.30, sekali gus menimbulkan kekecohan di kalangan tetamu, peminat mahupun wakil media yang membuat liputan kerana kurang faham dengan situasi yang berlaku.




Dipetik dari Harian Metro online (www.hmetro.com.my) dateline 21 Disember 2008.

>Wakil media kena halau
JOHOR BAHRU: Lapan petugas media membabitkan wakil stesen televisyen rangkaian Media Prima dan Agensi Berita Basional (Bernama) dihalau dari Masjid Sultan Abu Bakar ketika cuba membuat liputan majlis akad nikah Mawi dan Ekin, semalam.Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan tanda tanya, bagaimana kawasan awam seperti masjid boleh dieksploitasikan pihak tertentu dan menentukan siapa boleh masuk atau tidak.Kekecohan berlaku apabila anggota pasukan Rela yang ditugaskan mengawal keselamatan menghalau kakitangan media berkenaan di dalam masjid dengan alasan arahan pihak penganjur.Apabila wakil media berjumpa wakil penganjur, wakil berkenaan mengatakan mereka tidak boleh membuat liputan dan perlu keluar dari kawasan masjid kerana majlis penikahan itu hak eksklusif saluran Astro Oasis.Seorang wakil media yang enggan dikenali berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kekeliruan timbul kerana majlis itu diadakan di dalam masjid yang juga kawasan awam, namun terpaksa akur dengan arahan diberi.“Apabila kami keluar dari bangunan masjid dan meninjau di kawasan perkarangan, kami sekali lagi dihalau, menyebabkan berlaku pertengkaran.“Namun, mereka kemudian membenarkan kami berada di kawasan perkarangan kerana ia kawasan awam dan tidak mengganggu urusan penyiaran mereka.“Kami faham ia majlis mereka, namun mereka juga perlu tahu masjid adalah kawasan awam dan tiada pihak berhak menentukan siapa boleh masuk ke dalam masjid atau tidak,” katanya.

********************************************************************************************************************

Waaahh laaa Weiii hari ni aku tersandar kejap bila baca laporan HARIAN METRO yang ditulis oleh rudy..pastu aku teringat artikel yang di tulis oleh wakil HARIAN METRO JB..ibrahim isa dan juga rudie aka nicholas cage kawan aku satu batch masa kat Uitm...LOL,..jgn marah aaa rudie (JB) nanti aku pi sana aku belanja ko makan...

Artikel ari nie cakap majlis persandingan Asmawi semua ok kecuali bebudak tv3 buat kecoh..(hanya tv3 dlm laporannya buat kecoh dan di halau)..tapi ikut artikel harian metro satu lagi cakap crew media prima (tv3..tv9..ntv7..tv8) dan bernama di halau...mana satu nie weii laporan yang betul dan mengikut laporan lain dalam HM wartawan depa sendiri di halang dari memasuki kawasan masjlis tersebut..Aiiikkkk main pilih bulu ke kat sini

Yang paling menghairankan 2 report yang berbeda dalam satu surat khabar..WOW..2 cerita yang berbeda dari 3 org reporter dari akhbar yang sama....2 report yang berbeda dari 2 reporter pada masa yang sama dari akhbar yang sama..

Which one is which...Mana Satu nie...satu lagi yang aku heran nie..mana pergi konsep dimana bumi dipijak di situ langit di junjung..well ko makan gaji dengan satu syarikat yang sama dengan tv3 kenapa asyik menghentam tv3 ..kalau dah tak suka dengan organisasi MEDIA PRIMA ka apa ka...the door is open wide for you to leave..kalau aku laaa ..aku akan ambil pintu keluar sekiranya aku tak suka dengan sesebuah organisasi..atau aku tak suka anak syarikat organisasi tersebut coz mcm hubungan adik beradik kita patut protect our siblings frm harm ini terbalik..ko makan gaji dgn media prima ko..boleh pulak kutuk media prima..

Isk tak paham aku..well the point is ..macam mana boleh jadi 2 laporan berbeda ...satu pro abis ..satu laporankan apa yang dah berlaku (the dark side) mana satu nie betol ...dulu kata MELODI saja buat cerita ...mcm aku kata dulu laa MELODI melalui AUDIOVISUAL dan ianya tidak dpt disangkalkan kesahihahnya...(nak buat superimpose ke apa ke..mana laa kitaorg ada masa)..ni penulisan Aduuhhh..mana intergriti sebagai seorang wartawan sebenar yang melaporkan fakta bukan auta..

Kewartawanan merupakan kerja yang paling mulia memberikan infomasi sebenar pada masyarakat dah laaa isu isu sensitip wartawan disekat sebab undang-undang negara..Ok aku paham ini cerita yang remeh pun di manipulasi oleh segelintir wartawan..Pekerjaan wartawan sepatutnya lebih mulia dari POLIS,ASKAR,DOKTOR,AKITEK,LAWYER,HAKIM dsb..sebab wartawan tak sepatutnya rasa terhutang budi atau terlalu beremosi dalam penulisan mereka...Jangan laa jadi mcm PDRM ka apa ka yang senang sangat dirasuah masa buat tugasan..Adakah wartawan hiburan tersebut termakan budi syarikat penyiaran yang bukan dari MEDIA PRIMA sebab selalu sgt muncul di rancangan realiti stesen berkenaan? atau sebab dia disediakan hotel 5 bintang serta di tanggung perbelanjaan ketika menghadiri majlis tersebut?

Bagi aku aku jarang nak mempersoalkan wartawan jenayah dan general desk sebab mereka-mereka ini hanya melaporkan fakta dan tidak berat sebelah. They dont get involved with 3rd party mereka melaporkan apa yang mereka lihat dan dengar. Mana kredibility ANDA yang menulis laporan yang bercanggah dengan laporan rakan-rakan anda yang sama-sama menulis untuk akhbar yang sama..Sekiranya anda dah tak suka dengan anak syarikat anak syarikat dalam Organisasi besar tersebut silalah...keluar dari organisasi tersebut..nak pinjam kata-kata pengerusi CIMB yang baru " THE BANK DOESNT NEED YOU ..YOU NEED THE BANK"...kalau di ubah mengikut persekitaran anda..."THE ORGANIZATION DOESNT NEED YOU..YOU NEED THE ORGANIZATION" selagi kita dalam dia ..jangan kutuk dia dan juga anak - anak syarikat dia..kalau nak kutuk kita berhenti dulu dari organisasi dia..baru hantam mcm ada kawan aku buat..:)

Sekali lagi aku nak tanya pada ketiga-tiga wartawan apa yang dah jadi nie...sebab aku benci wartawan yang terlalu beremosi..kalau nak emosi baik tulis novel..dan kalau nak menulis tu biar terang faktanya..jangan main hantam tulis jer..check n balance..kalau tak paham pasal journalism mai jumpa aku ..aku leh bawak jumpa PROF MOKTAR kat UiTM...refresh balik pasal teori kewartawanan...:p....GEneral desk selalunya fakta...hiburan sekarang ni laaa banyak AUTA dari FAKTa..contoh terbaik..kalau depa tak suka satu satu artis tu mampuih laa artis tu kene dengan depa...:p,,jangan marah aaaaa..Aku sendiri pernah interbiu artis yang meraung depan aku ...aku buat duno jer tak tenangkan dia..sebab aku Wartawan aku tak get involved dengan emosi subject aku..itulah cara sebetulnya..WARTAWAN hanya melaporkan bukan nak get into the situation...kalau aku tak bertugas ..aku mungkin akan tenangkan mereka ...i'm on duty so i wont get involved...lantak laa dia nak meraung ka nak merintih ka...aku kat sana as a reporter..no a consultant or shoulder to cry on..LOVE my JOB and my Company

JADI MANA SATU YANG BETUL NI...?
renung-renungkan.....

2 comments:

FARYN said...

jom tilik kat nujum pak belalang mana satu yg betul..hehe

ayau aka BEkMEnG said...

faryn :- LOL ya betoi aku baru cadang nak pi jumpa dukun petai pasal mender nie...tak pun interbiu ustad glam freak aka rockerz akil heeyyy...dia yang lebih mengetahui diakan ustad LOL