Sunday, November 23, 2008

hip HIp Horrey

Lawak siot memacam yang korang tulis comment semua sembunyi atas nama annonymous. Memang best aku suka. Sebab komen komen korang semua macam bunyi mat dan minah rempit(cina cakap tatak baca punya olang)
Aku tertarik ngan blog apek sorang nie 'patrick teoh' http://niamah.blgspot.com sebab aku nengok komen komen yang ditinggalkan oleh pengunjung dia bernas walaupun kekadang penulisan apek nie boleh la dikatakan Niamah jugak.Uncle pat i envy you laa :). Apa -apa pun lantak laa korang nak cakap apa korang punya suka, aku nak cakap apa pun aku punya suka.
Semalam confirm 'YOGA' diharamkan ..WOW..hebat-hebat kenapa lepas sekian lama baru nak keluar fatwa sebegitu, sedangkan dah ramai orang-orang Islam menceburi bidang ini, tolong habaq sat no. Kelas-kelas Yoga milik anak anak muda melayu bakal rugi dan ditutup bagaimana nasib pelatih pelatih yoga yang beragama Islam depa nak keja apa lepas nie.Tidakkah perbuatan itu merugikan orang melayu sendiri, Adakah majlis fatwa akan membayar ganti rugi mereka atau pun tolonglah bagi alternif buat mereka yang dikatakan dangkal dan cetek pengetahuan asas Islam.

Soal wanita Islam yang jadi pengkid tu macam mana lelaki Islam yang menyerupai wanita bagaimana. Mana yang lebih parah YOGA atau golongan itu.Tolong jawab. Adakah selepas ini anjing-anjing berpakaian biru akan buat serbuan atas semua pusat-pusat YOGA dan mendakwa mereka-mereka yang terbabit dengan YOGA. Aku rasa majlis fatwa malaysia dah tak relevan sepatutnya mereka yang kononnya lebih arif mengenai ISLAM dah buat pemantauan ini benda semua dah jadi malah pekara ini khususnya wanitalelaki dan lelakiwanita ini dah wujud sejak zaman Parameswara lagi kenapa tak buat dan diletakkan dalam pelembagaan negara sebab Tanah MElayu aka MALAYA pada masa tu mengambil ISLAM sebagai agama rasmi. KENAPA TAK BUAT MASA TU TAK DI MASUKKAN DALAM PELEMBAGAAN NEGARA. yang korang tau menyalahkan parti PAS dan kenapa sampai sekarang korang masih lagi tercari-cari AYAH PIN, apa lagi laaa korang nie.

Dan pada pembaca aku nak tanya jadi aku tak leh sentuh langsung la mengenai sikap mufti-mufti dan majlis fatwa. Adakah mereka ini pada korang WALI ?


renung-renungkan... :)

No comments: